SERVIS

Bidang utama syarikat ialah Perkhidmatan Kursus & Latihan Multimedia

Perkhidmatan Video Produksi, Pembekalan Peralatan Multimedia Audio Video, Perkhidmatan Pos Produksi dan Perkhidmatan Audio System untuk seluruh agensi kerajaan / swasta di Malaysia (Kod Bidang MOF: 010103, 010302, 010501, 210201, 221110, 221302, 221303, 221304, 221305 & 221511).

ALAMAT

Syarikat ini telah diperbadankan

pada 13 September 2021 dan beralamat di 20-1 & 2, Jalan Apollo CH U5/CH, Subang 2, 40150 Shah Alam, Selangor (No. Lesen Perniagaan: MBSA/LSP/LS/600-4/14/LSJ/0126-21).

Syarikat ini juga mempunyai pengiktirafan kelayakan dalam bidang tenaga pengajar dan perkhidmatan produksi (MBOT, JPK & SKM). 

TEAM KAMI

Meet the team

AINI

CFO

ILA

SENIOR CREATIVE EDITOR

Misi Syarikat:

Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memperkenalkan generasi muda kepada dunia teknologi multimedia yang kian berkembang pesat setanding dengan negara-negara maju yang lain. Infra Minda menyediakan program kursus multimedia untuk menyembangkan lagi pengetahuan masyarakat dan ingin membantu mempertingkatkan daya tenaga kerja mahir di negara ini.
Infra Minda juga ingin mewujudkan satu misi untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan dan berterampilan dengan kemahiran yang dimiliki bagi penyediaan diri dalam melangkah arus kemodenan dunia digital.

Berpegang kepada prinsip dan dasar dimana satu kumpulan akademi yang beroperasi dan berusaha dalam memberi pembelajaran yang terbaik dan menjadikan akademi satu pusat yang terunggul dalam memberi pendidikan yang berkualiti.

Misi syarikat juga ingin memajukan bidang multimedia di peringkat global serta menghasilkan produk yang berkualiti untuk penyiaran TV. Syarikat ini berhasrat untuk membina empayar bumiputera untuk melahirkan tenaga kreatif dalam bidang multimedia professional.

Visi Syarikat:

Visi syarikat ingin menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berkemahiran dalam bidang penyiaran TV di peringkat antarabangsa dan sebagai Pusat Pembelajaran Multimedia Profesional.

Untuk menjadikan syarikat ini sebagai One Stop Centre Multimedia Terunggul, bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkualiti dalam bidang multimedia audio video.

Menyediakan kumpulan kerja dengan satu lingkungan untuk pertumbuhan peribadi, berpengetahuan, berdaya kreatif dan mempunyai hala tuju dengan adanya kursus dan latihan yang disediakan oleh syarikat. Program sebegini sejajar dengan keperluan masa kini bagi membangunkan generasi profesional yang serba boleh.

JADI SEBAHAGIAN DARI KAIM

BERSEDIA UNTUK LANGKAH PERTAMA?

×

Hi!

Selamat datang ke laman Infra Minda

× Boleh saya bantu?